Tuesday, July 8, 2014

Belajar...perlukan kesabaran

Kalau kita tak tahu tentang sesuatu perkara, kita kena belajar...kena tuntut ilmu. Tak kiralah ilmu agama mahupun ilmu duniawi...segala-galanya perlukan ilmu pengetahuan untuk melaluinya. Bukan boleh terjah ikut suka hati jer...Dengan zaman sekarang yang serba moden dan canggih, segala maklumat boleh dipetik dengan jari atau boleh di Google, namun hakikat ilmu itu kena berguru tidak boleh dinafikan sama sekali. Segala yang kita baca di media cetak dan media elektronik itu adalah input-input untuk kita, yang mana kemudiannya kita perlu bertanya pada yang lebih arif tentang sesuatu perkara yang kita baca itu untuk kita lebih faham sekaligus tahu pokok perkara itu benar ataupun tidak.


Saya nak bercerita tentang roti sebenarnya, hehe...panjang pulak mukadimahnya. Yang mana..percubaan pertama kali nak buat roti ni memerlukan kesabaran. Dari situlah nanti lahirnya hasil yang baik dan berputiknya perasaan ingin buat lagi dan lagi, malah nak buat lebih bagus lagi...lebih tinggi kualitinya lagi. Ini semua kita akan dapat dalam setiap proses pembelajaran. Sabar tu memang kunci utama untuk berjaya. Tapi jangan pulak sabar je tengok orang lain berjaya tanpa kita melakukan apa-apa untuk perubahan atau kemajuan diri kita...yang tu orang panggil sabar ajelah.... :)

Baiklah, kat mana datangnya kesabaran masa nak buat roti ni? Bukan ke senang je nak buatnya? Bahan-bahan dah ada...ikut resepi pasti jadi punya..takkanlah susah sangat kot??

Dari pengalaman saya yang masih hijau lagi dalam penghasilan roti ni, cabarannya datang ketika proses pengadunan bahan, proses menguli doh dan pembentukkan doh. Walaupun bahan-bahan yang kita gunakan itu sama seperti pakar-pakar roti yang lain gunakan, namun kalau tak kena dengan caranya kita takkan dapat hasil yang sama seperti mereka. Saat inilah kita perlukan kesabaran dan ketelitian dalam melakukan prosesnya.

Mungkin hujah saya ini boleh disangkal, namun ianya sekadar sedikit perkongsian yang saya zahirkan dari pengalaman saya sendiri. Lain orang...., ye mungkin lain pengalamannya. Wallahuaalam.

Seronok dikelilingi kucing - kucing..


Bagi yang suka pada kucing memang seronok jer citer pasal kucing. 4 hari 4 malam pun x abes citernya. Macam akulah....hihi,sampai naik juling biji mata orang yg mendengar citer aku tuh...

Kucing ni sifatnya manja dan gelagatnya yang membuatkan aku rasa mencuit hati. Kalau balik dari kerja dalam keadaan apa jua sekalipun, samada penat, strees dan sebagainya...hilang gitu je kecamuknya bila bermain dengan kucing-kucing ni. Cam melampau jer bunyinya yer....kahkahkah

Buat masa ni,saat aku menulis cerita ini...kat rumah aku ada 7 ekor kucing, 2 ekor ibu dan 5 ekor anak. Kucing biasa je yang datang beranak kat belakang rumah aku yang saiznya sekakang kera je. Kalau ikutkan taraf rumah tu tak layak langsung nak bela2 kucing nih,tapi kerana kepantangan aku melihat makhluk Allah yang comel ni, tak sampai hati nak biarkan gitu je...begitulah bermulanya aku mendapat gelaran mak kucing.....hohohoho....apa2 jelah.

Tengoklah depa tu posing camne...ada macam2 gaya, penuh laptop aku ngan gambo dorang jer...klu nak letak kat blog ni rasa melampau sangat. Nanti termuntah pulak orang tengok....adeiii







Wednesday, July 2, 2014

Kuah Laksam, laksanya ganti dengan Spaghetti...jadi ajeee


Tak nak cot cet cot cet hari ni...terus kepada resepinya...hahaha, boleh gitu ye..?

Bahan-bahannya :

1 paket spaghetti - pastikan jenama yang disahkan Halal oleh JAKIM ye
Santan daripada 2 biji kelapa - boleh kisarkan dgn air rebusan ikan
1 kilo ikan selayang / kembung
(direbus bersama sedikit lengkuas yang dittik, 2-3 keping asam gelugor dan sedikit garam. Setelah ikan masak, angkat dan asingkan isinya dari tulang dan ditumbuk)
Ulam-ulam - timun sikit, kacang panjang sikit, daun kesum sikit, pucuk daun salam sikit - racik halus2
Sambal belacan
 
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
1 setengah ulas bawang putih
Satu sudu besar lada hitam
Satu inci halia bakar
sedikit garam dan gula - secukup rasalah yer

Langkah-langkahnya :

Masukkan bahan kisar bersama santan ke dalam periuk, masukkan juga asam keping yg digunakan untuk merebus ikan tadi. Didihkan sambil dikacau bg elakkan berketul-ketul. Masukkan isi ikan yang ditumbuk beserta garam dan gula secukup rasa. Jika anda menggisar santan bersama air rebusan ikan, pastikan anda rasa kuahnya terlebih dahulu sebelum menambahkan garam, ini supaya kuahnya tidak terlebih masin.

Masak sambil zikir2...sambil kacau sehingga masak betul2 masak. Tutup api dan kacau2 bagi sejuk sikit. Ni orang tua kata, tujuannya tak nak bagi kuahnya berketul-ketul. Tu yang dah tutup api pun kena kacau2 lagi.

Okay, hidangkan dengan spaghetti yang telah direbus, letakkan sedikit ulam yang telah dihiris dan sedikit sambal belacan. Mmmmm....memang terangkat.....






Butir Nangka...?

Salam semua, salam ceria dan salam kebahagiaan di hari Ramadhan yang masuk hari ke-3 hari ini. Semoga diberikan kesihatan untuk kuat melakukan amal ibadat, baik di siang hari mahupun di malam hari. Kena lipat gandakan cukup2 amal ibadat kita, mudah-mudahan Allah memberikan kita kesudahan yang baik di akhirat kelak. Amin....bahagia dunia dan akhirat yang kita harap-harapkan....insyaAllah

La ni kawe nak kongsikan serba sedikit juadah berbuka hari ini, masak pun tak banyak..sekadar cukup untuk ahli keluarga dan dapatlah juga berkongsi rasa dengan jiran tetangga. Dalam hal masak-memasak ni selain dari nak rasa sedap, perlu juga kejar keberkatan, baru rasa kenikmatannya...jadinya, masak sekadar cukup dimakan atau disedekahkan kepada jiran2 dan mustahaknya TIDAK MEMBAZIR...jangan lupa juga, sambil masak sambil baca doa ataupun zikir2 untuk tambah berkat.

Okay...hari ni kawe masak butir nangka, nama lain tak pernah pulak dengar. Mungkin sebab bentuknya mcm biji nangka kot..tu sebab dipanggil begitu..wallahualam..


Bahan-bahannya :

Adunan butir nangkanya,

3 senduk nasi tepung beras pulut
sedikit air kapur masakan
secawan air perahan daun pandan

Adunan kuahnya,

1 biji kelapa parut - dapatkan santan dan jgn cair sangat
Gula secukup rasa - nak manis ke kurang manis tu terpulang
Garam secubit dua untuk tambah lemak rasanya
Sedikit halia - potong panjang dan hiris halus2
satu sudu besar halba
2 helai daun pandan yang disimpul

Langkah-langkahnya ;

Gaul sebati kesemua bahan adunan butir nangkanya, pastikan jgn terlalu lembik, sedang elok je untuk digentel.

Kalau agak keras, boleh tambahkan dengan air biasa,


 bentukkan memanjang seperti butir nangka





masukkan ke dalam air yang mendidih, apabila ianya terapung di permukaan, angkat

letakkan di dalam bekas yang mengandungi air untuk seketika, sementara menunggu untuk proses penyediaan kuahnya. Ataupun boleh disediakan kuahnya terlebih dahulu....

















Langkah untuk adunan kuahnya :

Masukkan santan ke dalam periuk, didihkan bersama sesudu besar halba, sedikit halia yang dipotong memanjang dan dihiris halus.

Masukkan juga gula dan garam secukupnya serta beberapa helai daun pandan bg menambahkan aromanya. 

Ummi saya biasanya suka menambahkan sesudu besar tepung beras atau tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air bagi menambahkan lagi kepekatan kuahnya. Baru rasa sedap...lemak2 gitu....mmmmm

Tuesday, July 1, 2014

Nonde a.ka Onde-onde favourite Bondaku


Onde-onde ni nak kata suka sgt xlah, tapi bila posa ni rindu je masakan Ummi, jauh plak tu nak balik kg. Hmmm....nak x nak masaklah sendiri.

Bukan susah sgt resepinya tapi klu malas membukit x jadi jugak kuih ni...hihi. Ku gagahkan jua diri ini membuatnya. Nak kena share ni resepi dan cara2 membuatnya di sini.....yelah, mana tahu kot2 dtg penyakit lupa resepi..boleh rujuk balik kat sini kan...?

ok....mari kita semak resepinya........

Bahan-bahannya :

3 senduk tepung beras pulut
1 sudu besar air kapur masakan
3 helai daun pandan - kisar bersama 1 cwn air dan ditapis
Gula Melaka / Manisan Kelantan secukupnys - potong dadu
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
garam secukupnya

Langkah-langkahnya :

Adunkan tepung bersama air daun pandan dan air kapur. Gaul sebati hingga tidak melekit di tangan, klu doh masih keras boleh tambahkan air biasa. Pastikan dohnya cantik dan tidak terlalu lembik serta tidak terlalu keras, sedang elok je kalau kita nak bentukkan bulat2....

Ok...didihkan air di dalam periuk, airnya mestilah banyak agar kuih onde-onde ni boleh tenggelam dan timbul ke permukaan. 

Gaulkan kelapa parut bersama garam di dalam pinggan yang berasingan.

Setelah itu, ambil adunan tepung sebesar guli (atau besar sikit je drpd guli)...masukkan kiub gula Melaka di tengahnya dan bulat-bulatkan.  Masukkan segera ke dalam air yang sedang mendidih, pastikan api diperlahankan setelah air mendidih....ulang proses ini sehingga habis. 

Apabila onde-ondenya terapung di permukaan air, angkat dan golek-golekkan di atas kelapa yg dicampur garam tadi...lakukan untuk setiap biji kuih.

Siap untuk dihidangkan....mudah kan?





Monday, June 30, 2014

Roti Daging @ Beef Sandwich

Pertama Ramadhan tahun ni tetiba nak makan roti John, walhal semalam baru je lepas makannya pun. Tengok dlm peti ais masih ada lagi separuh baki daging kisar keluaran Ramly, tu yg bertambah membuak-buak keinginannya.

Dekat 3 buah kedai gi cari roti panjang tu tapi xde, dlm kehampaan belilah gak roti sandwich biasa. Kecewa dah sebenarnya, malas nak masak pun ada. Last-last buat juga.....x jadi roti John pun xpelah, janji rasanya ada. Hahhaha...

so....., ini hasilnya ; taaraaaa....


meh saya kongsikan resepi membuatnya.

Bahan-bahannya :

Roti sandwich apa2 brandlah
Sos cili
Mayonis
Mozzarella cheese

Bahan2 inti :

1 paket daging kisar apa2 brandlah
1 labu bawang holland atau bawang besar - dadu halus
2 batang lada besar hijau - dadu halus
1 biji tomato dibuang bijinya dan didadu halus
2 keping cendawan shitake besar - direndam air panas dan dicincang kasar
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar italian herbs - yg ni klu xde pun xpe
sedikit garam
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
setangkai daun sup - cincang halus
5 biji telur - klu nak taruk lebih terpulanglah

Cara-cara membuatnya :

Panaskan mentega bersama sedikit minyak masak, tumiskan bawang holland yg telah didadu halus sampai naik bau. Kemudian masukkan daging kisar dan masak sehingga dagingnya empuk.

Setelah itu, masukkan cendawan shitake, kacau seketika dan bolehlah dimasukkan tomato, lada besar hijau, lada sulah, italian herbs dan sedikit garam. Kacau sebati. Kemudian bolehlah diangkat dan disejukkan sebentar.

Di dalam mangkuk yg berasingan, pecahkan telur dan masukkan daun sup yg telah dicincang halus. Setelah inti sejuk, masukkan ke dalam bancuhan telur tadi. 

letakkan inti di atas kepingan roti sandwich dan gorengkannya di atas kuali leper

setelah intinya masak, angkat rotinya dan taburkan dgn mozzarella cheese di sebelah kepingan roti dan tangkupkan dengan sebelah yg tidak diletakkan cheese dan letakkan kembali roti tersebut agar kedua-dua belah roti menjadi garing sedikit. Jangan terhangguskan ye...

potong mengikut citarasa sendiri, 

picitkan sos cili dan mayonis dan siap untuk dingap....

Daun Salam a.k.a Daun Serai Kayu a.k.a Daun Samak

Hari ni pusing2 sekeliling rumah ternampak pokok renek di dalam pagar rumah jiran. Tiba-tiba ada jiran menyapa...tengok apa tu? Terkejut dibuatnya...sambil tersengih-sengih, hihi...tengok pokok ni..ntah pokok apa ni agaknya. "itu pokok salam..." jawab jiranku....ooooooohhhh....pokok salam rupanya. Al-kisah......

pokok ni yang tinggal hanyalah tunggulnya je, tuannya dah tebang mgkn takut menyemak klu tinggi2 sgt. Tapi pucuk2 muda ni tumbuh elok je...
 

































bila saya petik pucuknya untuk dapatkan rasa dan bau, tiba2 rasa cam familiar ngn daun ni. Laaa...ni ulam yg selalu ada dalam nasi kerabu. Ermmmm...daun serai kayu rupanya a.k.a daun samak rupanya. Adeiii....buat-buat jakun lak.....


































kalau org Indonesia, biasanya dia org taruk daun ni dalam masakan gulai, rendang atau kuah soto. Daun yg digunakan tu daun yang matang, aroma yg terhasil mmg lain dr yg lain dan menambahkan lagi keenakkan masakan tersebut...di Kelantan pula yang diambil untuk dijadikan ulam tu biasanya pucuk dia sahaja, Diracik halus2 bersama-sama ulam2 yg lain, juga mencetuskan aroma dan rasa yg segar.

Barangkali juga daun ini digunakan di negeri atau di negara lain yg mana saya kurang pasti ataupun mmg tidak tahu...wallahualam.