Tuesday, July 8, 2014

Belajar...perlukan kesabaran

Kalau kita tak tahu tentang sesuatu perkara, kita kena belajar...kena tuntut ilmu. Tak kiralah ilmu agama mahupun ilmu duniawi...segala-galanya perlukan ilmu pengetahuan untuk melaluinya. Bukan boleh terjah ikut suka hati jer...Dengan zaman sekarang yang serba moden dan canggih, segala maklumat boleh dipetik dengan jari atau boleh di Google, namun hakikat ilmu itu kena berguru tidak boleh dinafikan sama sekali. Segala yang kita baca di media cetak dan media elektronik itu adalah input-input untuk kita, yang mana kemudiannya kita perlu bertanya pada yang lebih arif tentang sesuatu perkara yang kita baca itu untuk kita lebih faham sekaligus tahu pokok perkara itu benar ataupun tidak.


Saya nak bercerita tentang roti sebenarnya, hehe...panjang pulak mukadimahnya. Yang mana..percubaan pertama kali nak buat roti ni memerlukan kesabaran. Dari situlah nanti lahirnya hasil yang baik dan berputiknya perasaan ingin buat lagi dan lagi, malah nak buat lebih bagus lagi...lebih tinggi kualitinya lagi. Ini semua kita akan dapat dalam setiap proses pembelajaran. Sabar tu memang kunci utama untuk berjaya. Tapi jangan pulak sabar je tengok orang lain berjaya tanpa kita melakukan apa-apa untuk perubahan atau kemajuan diri kita...yang tu orang panggil sabar ajelah.... :)

Baiklah, kat mana datangnya kesabaran masa nak buat roti ni? Bukan ke senang je nak buatnya? Bahan-bahan dah ada...ikut resepi pasti jadi punya..takkanlah susah sangat kot??

Dari pengalaman saya yang masih hijau lagi dalam penghasilan roti ni, cabarannya datang ketika proses pengadunan bahan, proses menguli doh dan pembentukkan doh. Walaupun bahan-bahan yang kita gunakan itu sama seperti pakar-pakar roti yang lain gunakan, namun kalau tak kena dengan caranya kita takkan dapat hasil yang sama seperti mereka. Saat inilah kita perlukan kesabaran dan ketelitian dalam melakukan prosesnya.

Mungkin hujah saya ini boleh disangkal, namun ianya sekadar sedikit perkongsian yang saya zahirkan dari pengalaman saya sendiri. Lain orang...., ye mungkin lain pengalamannya. Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment