Wednesday, June 19, 2013

Kiwi Smoothie with Banana

Dengan Shake n' Take mudahnya membuat jus mahupun smoothie.


Saya gemarkan jus tapi untuk membuatnya agak kurang rajin, so satu hari ternampak paparan iklan di laman fb Gobok Anak Ibu tentang Shake n' Take, nampak comel dan ringkas untuk digunakan. 


Seperti yang kita lihat dari gambar di atas (gambar yang saya copy n' paste dari fb gobok anak ibu), lihatlah bagaimana senangnya membuat jus buah-buahan kegemaran kita dan boleh terus menikmatinya dari gelas Shake n' Take tersebut tanpa perlu menuangkannya terlebih dahulu ke  dalam gelas lain. Anak-anak pasti mengemarinya...

Saya telah pun mencuba membuat smoothie dengan menggunakan Shake n' Take ini dan rasanya sangat lazat dan menyelerakan serta menjimatkan masa saya. 

Saya amik resepi smoothie dari rancangan 5 rencah 5 rasa tapi saya tak menyalinnya di kertas, saya main agak-agak je....tapi rasa dia memeng best sesangat....

Kiwi Smoothie

1 biji buah kiwi kupas kulit dan dipotong-potong
1 biji pisang kupas kulit dan di potong-potong
3 sudu besar yogurt ( apa-apa perisa pun boleh)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar susu pekat (ni saya saja letak...kalau tak letak pun xpe)
dan beberapa kiub ais
then blendlah seketika dengan Shake n' Take

then....dah boleh minum dari corongnya




Tuesday, June 18, 2013

Berkebun, aktiviti yang sihat


Subhanallah...indahkan alam maya ciptaan Allah Yang Maha Esa kan? Setiap penciptaan yang tak terjangkau oleh fikiran manusia, entah bagaimana pula indahnya alam syurga yang Allah sediakan untuk hambaNya yang taat dan patuh akan segala perintahNya? Allahu akbar...

Marilah sama-sama kita tingkatkan dan memperbanyakkan amal kebaikkan dan menjauhi segala amalan kejahatan. Semoga Allah sentiasa memberikan kita semua taufik dan hidayahNya. Amin.



Bertuahnya badan yang memiliki rumah dan laman yang luas, bolehlah melakukan aktiviti berkebun samada sebagai hobi ataupun untuk mencantikkan kawasan sekeliling rumah. Bagi yang tinggal dirumah yang tidak memberi pilihan untuk memiliki kebun yang luas, boleh juga menikmati hobi menanam ini secara sederhana sesuai dengan keadaan kediaman yang diduduki. Kebiasaannya, tanaman dalam pasu menjadi pilihan dan sangat senang dijaga serta dikendalikan. 

Saya sendiri tidak memiliki ruang tanah yang luas, adalah tanah sekangkang kera di belakang rumah yang selalunya saya menghabiskan masa-masa terluang saya di situ. 



Gambar di atas ni sebahagian dari tapak semaian sayur-sayuran. Jika dilihat tidaklah sebenar mana, tapi bila dikerjakan amat memenatkan juga. Bila jarang-jarang memegang cangkul, lengguhlah lenggan dan bahu dibuatnya. Tidur malamnya ditemani minyak urut....tapi siangnya puas menikmati proses berkebun dengan peluh yang membasahi baju, menjadikan badan agak segar dan minda juga menjadi tenang. Subhanallah...










Kuey Teow Ladna



Lamanya tak update blog, masa untuk amik gambar dan mengarang cerita tu tak ada. Lebih - lebih lagi bab buat karangan, langsung tak ada idea. Ini kebetulan ada masak kuey teow ladna ( resepi hentam je...), janji masuk tekak rasanya lazat gitu....hahaa...perasaan kembang hidung dah datang...

Okay, berbalik pada masakan kuey teow ladna ni, ianya berasal daripada Thailand dan di Malaysia ni ianya dibawa masuk oleh orang - orang Melayu islam selatan Thailand itu sendiri dengan membuka restoran - restoran masakan Ala Thai. Boleh dikatakan warung ataupun restoran ini tumbuh bagaikan cendawan di seluruh pelusuk negeri di Malaysia ini. Keenakkan dan kelazatan makanan yang disajikan tidak boleh disangkal lagi dan boleh diterima oleh pelbagai bangsa.

Untuk resepinya, ianya terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menyediakan bergantung kepada kemahiran si tukang masaknya. Bagi saya pula, sedaya upayanya saya memasak supnya terlebih dahulu bagi menaikkan lagi kelazatan kuah yang dihirup nanti.

Langkah pertama saya :

Rebus kerangka ayam bersama sedikit halia dan lengkuas yang diketuk berserta bahagian akar saderi / daun sup ataupun akar ketumbar. Renihkan sup ini untuk beberapa ketika....

Seterusnya : 

- panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak
- goreng seketika kuey teow bersama 1 sudu kicap pekat
- kemudian angkat dan ketepikan
- panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sama dan tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi
- masukkan hirisan ayam, sotong dan udang, tumis sehingga empuk
- setelah itu tuangkan kuah sup sambil ditambah garam, gula, sos ikan, sos tiram, sedikit kiub ayam
- biarkan mendidih seketika
- masukkan lobak merah, sawi dan bunga kobis
- masukkan kuey teow yang telah digoreng dengan kicap pekat tadi
- saat ini bolehlah dipekatkan kuah dengan air bancuhan tepun jagung, didihkan lagi
- tutup api. tuangkan putih telur yang dipukul sedikit untuk hasil yang lebih menarik
- boleh dihidangkan dengan lada jeruk dan sedikit serbuk lada sulah

Selamat mencuba.... 








Wednesday, November 7, 2012

Laksa Johor

Hari ni aku teringin sangat nak makan laksa Johor, pastu bila tengok kat blog2 masakan bukan main sedap lagi gambar laksa tu yang menambahkan lagi keinginanku...hihi...tak tahan godaan aku nih.

Terima kasih Kak Ita Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com) kerana sudi berkongsikan resepi di blognya. Kalau ada masa luang blog ni salah satu dari favorite aku....asyik sekali dok tengok gambar2 masakan dengan olahan kreativiti kak Ita ni....


Abe Milo sakit...

Dah lama tak ke Aping Timur, Kota Tinggi. Sementelaah ada masa luang, aku pun bertolak ke sana pada tengahari sabtu yang lalu. Sebelum tu aku dah dimaklumakan Ipah, kucing kesayangan yang ditinggalkan disana agak tak beberapa sihat dan tak lalu makan...tapi aku tidak beberapa memberi perhatian akan berita itu. Sehinggalah hari aku tiba di sana dan begitu hiba sekali hati ini melihatkan Milo yang sudah tidak berdaya mengerakkan badannya hatta nak menghalau nyamuk yang menghisap darah di bibir matanya pun tak berdaya dia. Kesian....




Aku pun tak tahu nak buat macamana, tapi teringatkan kata-kata doktor veterinar di Taman Universiti, sekiranya kucing takde selera makan dan tak bertenaga. Bolehlah disuapkan seberapa banyak yang boleh samada air 100plus, air kelapa ataupun air rebusan daging ayam atau ikan. Hari pun dah menginjak malam, sekadar sempat manyuapkan beberapa sudu air ke mulut Milo dan sungguh tak bermaya dia.

Keesokkan harinya aku mengambil buah kelapa muda dan airnya aku suapkan ke mulut Milo, badannya aku lapkan dengan tuala lembab...lapkan mukanya dan responnya seperti suka dengan belaian yang diberikan. Tengaharinya aku berikan dia air rebusan ikan dan selepas beberapa suap, dia seakan bertenaga dan ingin minum sendiri air tersebut. Gembira sekali hatiku....

Tetapi kucing yang sakit tetap perlu dibawa menjalani rawatan di veterinar...kerana dikuatiri ada kuman atau sebagainya di dalam badan kucing2 kita yang tak mampu kita lihat dari luarannya....

Akhirnya Milo dibawa ke veterinar kerajaan di Jalan Lombong, Kota Tinggi oleh Ipah dan disahkan telah mengalami keracunan...patutlah muka pucat dan kuning2 warna dalam mulut dan telingganya. Allahu akbar!!!....dapatlah dia injection dan beberapa ubat....


Sunday, October 21, 2012

Gorek Bay : Destinasi yang menyamankan


Bila jarang - jarang bercuti...keseronokkan yang timbul tu begitu hebat. Sekali dalam setahun pun payah nak luangkan masa untuk bercuti atau pergi bersantai dan menjauhkan diri seketika dari kesibukkan kerja. Kali ini destinasi aku dan teman-teman adalah ke Telok Gorek yang mana aku perolehi maklumat tentangnya melalui internet.

Setelah berbincang beberapa perkara dengan teman-teman dan merancang jadualnya, kami pun bergeraklah menuju ke daerah Mersing. Walaupun kali pertama pergi ke sana, namun ianya tidak begitu sukar untuk sampai ke sana kerana jalan yang sama sering aku dan kakakku lalui untuk pulang ke kampung halaman kami.

Terujanya kami saat tiba di telok gorek ini, begitu mendamaikan perasaan. dengan suasana yang indah, air laut yang tenang tidak berombak membuai perasaanku seketika.







Friday, March 23, 2012

Agar-agar Gula Melaka

Panas molek cuaca hari ni, Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan...

Kebetulan tengah dok search blog-blog masakan, ternampaklah gambar2 menarik agar-agar gula melaka ataupun agar-agar lumut, jadi terliur je tiba-tiba. Hmmmm....mana nak cari time2 ni nih...??? huh...tak boleh jadi ni, nak kena gak dapatkan kalau tak kempunan pulak...hahaha (overnya)...

Lepas shutdown laptop, terus ke dapur intai2 barang dapur, manalah tahu kot ada terselit agar2 kering dan bahan2 lain2 yang boleh  menghasilkan agar2 gula melaka ni. Ya Allah, kalau dah rezeki tu memanglah rezeki kan namanya...rupanya semua bahan cukup lengkap dah nak masak agar2 ni. So apa lagi terus je masak.

Mudah, cepat dan nikmatnya!!!! Ada resepi ni untuk tatapan semua. Tapi ni semua sukatan agak2 je, tapi Alhamdulillah hasilnya nyummmm....nyummmmm.....


Cara-caranya :-

Masakkan agar2 kering (12g) ke dalam periuk yang berisi air yang mendidih (4 gelas) beserta simpulan daun pandan (2 helai). Biarkan agar2nya larut, bolehlah masukkan gula melaka (1 ketul yang sederhana je), didihkan lagi sehingga gula melakanya larut. Tutup api dan tapis bahan2 ini ke dalam periuk yang lain. Didihkan lagi bahan2 tersebut dan bolehlah ditambahkan sedikit gula pasir untuk menambahkan lagi rasanya (dalam 2 atau tiga sudu) dan jangan lupa pulak untuk merasanya....takut2 terlebih manis atau terkurang gulanya...jadi boleh adjust. 

Dalam mangkuk, campurkan santan (1/2 kotak kecil santan), secubit garam dan sebiji telur. Untuk tambah aroma...boleh juga campurkan setitik dua esen vanila. Kacau sebati dan bolehlah dituangkan ke dalam periuk yang berisi agar2 dan gula melaka tadi. Biarkan sehingga mendidih...matikan api dan tuangkanlah ke dalam sebarang acuan mengikut citarasa sendiri.

Saya biarkan lebih kurang sejam kat luar, then lepas tu baru masukkan ke dalam peti sejuk.