Tuesday, June 18, 2013

Kuey Teow Ladna



Lamanya tak update blog, masa untuk amik gambar dan mengarang cerita tu tak ada. Lebih - lebih lagi bab buat karangan, langsung tak ada idea. Ini kebetulan ada masak kuey teow ladna ( resepi hentam je...), janji masuk tekak rasanya lazat gitu....hahaa...perasaan kembang hidung dah datang...

Okay, berbalik pada masakan kuey teow ladna ni, ianya berasal daripada Thailand dan di Malaysia ni ianya dibawa masuk oleh orang - orang Melayu islam selatan Thailand itu sendiri dengan membuka restoran - restoran masakan Ala Thai. Boleh dikatakan warung ataupun restoran ini tumbuh bagaikan cendawan di seluruh pelusuk negeri di Malaysia ini. Keenakkan dan kelazatan makanan yang disajikan tidak boleh disangkal lagi dan boleh diterima oleh pelbagai bangsa.

Untuk resepinya, ianya terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menyediakan bergantung kepada kemahiran si tukang masaknya. Bagi saya pula, sedaya upayanya saya memasak supnya terlebih dahulu bagi menaikkan lagi kelazatan kuah yang dihirup nanti.

Langkah pertama saya :

Rebus kerangka ayam bersama sedikit halia dan lengkuas yang diketuk berserta bahagian akar saderi / daun sup ataupun akar ketumbar. Renihkan sup ini untuk beberapa ketika....

Seterusnya : 

- panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak
- goreng seketika kuey teow bersama 1 sudu kicap pekat
- kemudian angkat dan ketepikan
- panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sama dan tumis bawang putih yang dicincang hingga wangi
- masukkan hirisan ayam, sotong dan udang, tumis sehingga empuk
- setelah itu tuangkan kuah sup sambil ditambah garam, gula, sos ikan, sos tiram, sedikit kiub ayam
- biarkan mendidih seketika
- masukkan lobak merah, sawi dan bunga kobis
- masukkan kuey teow yang telah digoreng dengan kicap pekat tadi
- saat ini bolehlah dipekatkan kuah dengan air bancuhan tepun jagung, didihkan lagi
- tutup api. tuangkan putih telur yang dipukul sedikit untuk hasil yang lebih menarik
- boleh dihidangkan dengan lada jeruk dan sedikit serbuk lada sulah

Selamat mencuba.... 








No comments:

Post a Comment