Thursday, March 5, 2015

Udang Goreng Nestum Oat


Sesuatu hidangan yang nampak ringkas saja bahannya bukan bermakna ianya tidak sedap, kerana tidak semua makanan perlu dimasak dengan kaedah yang rumit. Yang penting ianya haruslah cukup rasa seimbang segala perisa....insyaAllah sedap je. :)

Hidangan udang goreng nestum oat ini juga antara yang tersenang dan teringkas dan sangat cepat disediakan, Namun rasanya cukup memikat selera ramai orang. Daun kari yang ditumis di dalam mentega menghasilkan satu aroma yang cukup segar di ruang dapur rumah....yang mana kat luar rumah pun boleh terpanggil untuk datang ke dapur. Heh...heh...heh.....

Jom kita semak antara bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan - bahannya :

1 kg udang segar
1 biji telur putih
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega
3 biji cili padi merah / hijau
3 - 4 paket nestum oat segera
minyak untuk mengoreng

Langkah menyediakannya :

Bersihkan udang dengan sebersih-bersihnya

Gaulkan sedikit garam, telur putih dan tepung jagung. Kemudian goreng di dalam minyak masak yang panas. Angkat dan toskan...

Di dalam kuali yang lain cairkan mentega, tumis daun kari bersama cili padi. Setelah wangi masukkan nestum oat dan goreng seketika agar semuanya bersebati. Api jangan terlalu besar bagi mengelakkan nestum hangus.

Setelah itu bolehlah dimasukkan udang yang telah digoreng terlebih dulu tadi. Dan digaul rata.

Bolehlah dihidangkan bersama sos mayonis yang dipicit diatasnya jikalau suka.








Wednesday, October 8, 2014

Homemade Coconut Shake....so.....Yummmyyyy!!!!


Panas terik di petang hari....terpandang pula buah kelapa di halaman rumah kampung yang seakan-akan memanggil untuk dipetik. Ewahh!!.....amenda lak ni. Hahaha....time tu jugaklah laju je cari galah pi jolok buah kelapa muda. Pergghhh...sedapnyalah hai air kelapa muda fresh dari pokok yang baru dipetik.

Tengah dok syok makan isinya yang lembut tiba-tiba lak dapat idea nak makan coconut shake. Apa lagi, dengan kepantasan ala-ala Husin Bolt tu gak pi jolok lagi buahnya....masuk rumah, blend2 dengan ais krim, waalahhhh memang superbb rasanya. Puas hati betul menikmatinya beramai-ramai.



Hobi Baru Yang Menjimatkan Kos Dapur

Assalamualaikum w.b.t.....

Bila berlakunya kenaikkan harga minyak, ianya turut membawa kepada kenaikkan harga bagi barangan-barangan lain dan kebanyakkannya yang melibatkan keperluan harian. Setiap isi rumah akan terkesan dengan keadaan ini terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. 

Saya pun tidak terkecuali terkena sama dan agak meresahkan fikiran. Sambil2 saya melayari internet membaca satu blog ke blog yang lain timbul idea untuk bercucuk tanam dengan cara yang betul dan berkesan, iaitu yang akan membuahkan hasil yang banyak dan baik. Selama ini saya sekadar tabur je benih cili dan sayur-sayuran tanpa penjagaan yang betul dan pembajaan yang tidak berjadual. Jadi hasilnya pun ala kadar je sesuai dengan perhatian ala kadar yang saya berikan kepada pokok2 saya tu....

Jadinya, sebagai langkah pertama saya mempraktikkan ilmu menghasilkan baja IMO (Indigenous Microorganism) menurut catatan beberapa sifu pertanian di blog-blog mereka. Baja IMO ini adalah baja organik, sumbernya menurut kaedah yang dipanggil Natural Farming (Korea) dan juga dikenali dengan panggilan MOL (Mikro Organisma Lokal) di Indonesia.

Baja ini sangat mudah disediakan dengan bahan-bahan yang terdapat disekeliling kita yang kebanyakkanya adalah sisa dapur dari rumah kita. Dengan mengikut campuran tertentu dan diperam beberapa ketika, makanya akan terhasillah baja organik yang memberikan tindak balas yang baik untuk pelbagai tanaman.

Ini adalah langkah permulaan saya untuk menjimatkan belanja dapur saya, mudah-mudahan akan membuahkan hasil yang positif, insyaAllah...di lain masa saya akan kongsikan hasil yang bakal saya perolehi daripada kerja-kerja kebun saya nanti.

Sunday, September 14, 2014

Nasi Goreng Kerabu Yang Menyelerakan..


Rasa tekak ni nak makan nasi goreng, tapi nak rasa lain sikit dari yang biasa...yelah selalunya makan nasi goreng kampung, nasi goreng ikan masin. Kali ni cam ngada-ngada sikit..haha....ngada2 dgn diri sendiri xpekan daripada ngada2 ngan org lain karang boleh penyakit plak....hahaha....

So...termenung jap depan peti ais tgk bahan-bahan yang ada. Haaa....ada serunding ikan, bolehlah buat nasi goreng kerabu ni...lalalala....start the project!!

Nasi gorenglah yang paling senang disediakan sebetulnya dengan pelbagai bahan kita boleh campak-campakkan je ke dalam kuali mengikut pilihan dan kesukaan kita. Daripada pilihan lauk-lauknya samada nak ayam, sotong, udang ataupun ikan...begitu juga dengan sayurannya, boleh letakkan cendawan tiram, butang, shitake dan pelbagai lagi cendawan yang ada di pasaran. So...kelainan itu sebenarnya terletak di tangan kita. Kita suka, kita pilih...dan kita taruklah.......hihiii

Ni bahan-bahan yang saya gunakan untuk nasi goreng kerabu saya..

Bahan-bahannya: 

Nasi putih 2 mangkuk
Ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi - dihiris atau ditumbuk
2 batang serai - dihiris halus
3 batang kacang panjang - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus
1/2 kubis - dihiris halus
Daun kesum - dihiris halus
Cendawan tiram - dicarik kasar
1 mangkuk serunding ikan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris ataupun ditumbuk, bila naik baunnya...masukkan ayam, tumis sehingga masak.

Ketika ini saya suka masukkan garam dan gula agar bersebati dengan bahan-bahan tumis tadi, setelah itu saya masukkan cendawan tiram....digaulkan sebentar dan boleh dimasukkan nasi beserta bahan-bahan yang telah dihiris halus.

Kemudiannya bolehlah dimasukkan serunding ikan dan gaullah agar sebati nasi gorengnya. Petua dari restoran di negara China, saat nasi goreng sudah siap untuk diangkat tu ketika mana nasi goreng melompat-lompat di dalam kuali. Dah jadi kebiasaan saya pun terikut-ikut dengan petua ini.....

Siap dah....




Friday, September 5, 2014

Mee Kari Seenak Rasa.....




Bila tengok post di blog Kak Ita masam manis, rasa terliur je manjang. Pastu nampak lak dia post pasal mee kari.....perghh...xleh dok diam jap. Kecurnya mulut ni....ahaaha...overlah plak camni.

Sekali masa 31hb Ogos tu, member datang rumah jalan-jalan. Dia tanya bila masa free? dia nak minta ajarkan dia masak mee kari. Dengan laju je jawab, sekarang pun boleh...apa lagi terus je gerak ke pasar cari bahan-bahan untuk masak mee kari. Haahhaa....confident je aku ni, padahal x pernah pun buat mee kari. Makan pun jarang-jarang. Tapi bila teringatkan resepi mee kari Kak Ita Masam Manis terus je semangat datang dengan membaranya.....aku boleh!!! Hari Ulang Tahun Merdeka kan? Kena semangat sikit.....

Pastu kami pun memasaklah mee kari tu dengan berpandukan resepi daripada blog Kak Ita tu....cuma yang saya tak letaknya ubi kentang je. Tapi bila dah siap...huh mabelessss you!! Tak caya pi buat...hihi. Terima kasih ye Kak Ita yang tak jemu-jemu berkongsikan resepi hidangan yang enak-enak dengan cara penyediaannya yang lengkap dari A sampai Z. Sangat-sangat berguna ilmu yang dikongsikan itu. Kalau nak resepinya silalah kilik di sini ye....

Friday, July 11, 2014

Sotong Goreng Cili Bersama Udang


Saya kalau masak suka masak sesuatu yang cukup mudah dan ringkas penyediaannya. Kalau yang susah sikit ataupun yang memerlukan banyak bahan-bahan biasanya saya akan memasaknya diwaktu yang ada kelapangan yang panjang sikit.

Yang ringkas tidak semestinya tak sedap, janji bila kita masak tu menggunakan bahan-bahan yang halal, yang segar dan beserta selawat dan zikir...insyaAllah, hidangan pun akan jadi enak untuk dinikmati. 

Resepi ni sebenarnya saya dapat sewaktu menonton rancangan ketuk-ketuk Ramadhan, namun saya tak sempat mencatit resepinya, sekadar ingat-ingat lupa. Tapi tetap tidak mengecewakan rasanya. Okay, ikut resepi ini ataupun anda boleh ubah suai mengikut kesukaan anda. Resepi ni kita yang buat dia kan, bukan dia yang buat kita...so apa2 pun bolehlah...hehehe

Bahan-bahannya :

500gm sotong - bersihkan dan potong 
500gm udang - bersihkan
Sedikit serbuk kunyit
1 labu bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
6-8 biji cili padi ditumbuk
1 batang serai - tak letak pun xpe
1 helai daun kunyit - diracik halus
2 helai daun limau purut - diracik halus ( tak letak pun xpe)
Garam dan gula secukup rasa

Langkah - langkahnya :

Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali, tumis sehingga harum bahan-bahan yang ditumbuk beserta serai yang diketuk.

Masukkan sotong dan serbuk kunyit. Kacau seketika. 

Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa

Masukkan daun-daun yang dihiris. Biar masak dan bersebati kesemua bahan. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
 


Roti Tuna Goreng Celup Telur


Resepi yang cukup ringkas dan sangat mudah disediakan. Sangat lazat untuk dinikmati...., terima kasih En Mat Gebu yang sudi kongsikan resepi ini di blog beliau. 

Resepi sebenar menggunakan sardin sebagai intinya, saya pula agak kurang rajin sedikit dan menggunakan tuna cili di dalam tin sebagai intinya. Hidangan ini sangat sesuai untuk dihidangkan bila-bila masa sahaja dan pasti akan menjadi kegemaran kanak-kanak.

Jom kita semak resepinya....

Bahan-bahannya :

Roti Putih biasa / sandwich
Tuna dalam tin, boleh sebarang rasa
Telur yang mencukupi untuk menyalut roti
Keju cheesedale
Sos mayonis - tak letak pun xpe
Sos thousand island - tak letak pun xpe

Langkah-langkahnya

Ambil roti sandwich, sapukan rata mayonis dan sos thousand island. Letakkan tuna cili secukupnya dan dilapiskan dengan keju cheesedale sesuka hati anda.

Sapukan sekeliling roti dengan sedikit telur sebagai gam dan letakkan sekeping lagi roti sandwich untuk menutupnya. Tekan sekelilingnya dengan belakang sudu agar kedua roti melekat dengan baik.

Pecahkan telur, pukul sedikit dan celupkan roti tadi ke dalamnya dan goreng hingga kuning keemasan.

Angkat dan toskan di atas tisu. Setelah itu potong dan hidangkan.