Thursday, June 20, 2013

Nasi Goreng Kerabu ala Su Hafman


Nasi kerabu?? Sedapkan kalau dapat dinikmati diwaktu sarapan?? Tapi saya jarang-jaranglah dapat makan nasi kerabu sewaktu sarapan. Agak jauh kedai yang menjualnya dari rumah saya, so nak pergi tu agak kemalas-malasan gitu....

By the way...semalam kebetulan ada bahan-bahan kerabu dalam peti ais, saya pun mengambil keputusan untuk membuat nasi goreng kerabu untuk hidangan makan malam saya. Nak dietlah katakan.. ulam dan sayur biar lebih sikit, barulah mengancam nasi gorengnya....

Sebelum tu, saya dah sediakan terlebih dahulu serunding ikan dan disimpan baik di dalam peti ais untuk sebarang kegunaan akan datang, dan serunding ini saya masak dalam dua jenis iaitu yang dimasak bersama lada kering dan satu lagi yang tawar, sekadar ikan kosong yang saya sanggan di atas api yang kecil sehingga kering airnya. Memang boleh tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk dan boleh diolah untuk sajian yang mendatang mengikut idea yang keluar dari otak kita-kita yang kreatif ni kan? kan..kan?

Baiklah, jom kita lihat resepinya,

Hidangan untuk 4 orang makan

1) 4 cawan nasi putih yang dileraikan
2) 2 senduk serunding ikan pedas
3) Udang atau sotong
4) 1 biji bawang merah yang dihiris halus
5) 2 ulas bawang putih yang diketuk
6) 1 paket perencah nasi goreng kampung Adabi ( tak letak pun xpe)
7) 7 biji cili padi ditumbuk kasar
8) Ulam - ulaman seperti serai, bunga kantan, kobis, daun kesom dan daun salam yang dihiris halus
9) 1 biji telur
10) serunding ikan putih / kosong untuk taburan @ hiasan

Langkah-langkahnya :

1) Panaskan minyak di dalam kuali
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi
3) Masukkan udang atau sotong, tumis sehingga empuk
4) Pecahkan telur, kacau-kacaukan sebentar
5) Masukkan nasi putih, perencah nasi goreng adabi dan diikuti oleh semua jenis ulam-ulaman
6) Masukkan juga serunding ikan pedas
7) Gaul rata biar bersebati rasanya dan naik bau kerabunya
8) Bolehlah dihidangkan dan taburkan di atasnya dengan serunding ikan putih / kosong

Hidangan ini saya tidak menambah sebarang perasa seperti garam kerana dengan menggunakan perencah nasi goreng Adabi, sudah cukup semua rasa dan hidangan bertambah enak rasanya.

Hmmmm...bagaimana? Senangkan untuk memasaknya? Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya. Selain dari rasanya yang sedap dan aromanya yang menyelerakan, ianya juga mengandungi banyak khasiat daripada ulam-ulaman yang terkandung di dalamnya.

No comments:

Post a Comment