Happy
and satisfied bilamana kita boleh membuat roti dengan sempurna.
Perasaan yang kita sorang je feeling...yelah mahunya tak feeling.
Setelah penat menguli, membentuk doh dan membakar. Proses yang
memakan masa yang berjam-jam ini sebelum membuahkan hasil yang baik
sebagai ganjaran kerja keras.
Kali
ni saya nak kongsikan resepi roll ppang @ roll bread yang mana saya
perolehi daripada website Maangchi disamping menonton videonya di
youtube. Menggunakan bahan-bahan yang simple dengan kaedah pun yang
tidak begitu rumit menjadikan proses membuat roti kali ni terasa
bagaikan pieces of cake..yolah tu…
Sesapa
yang rajin bolehlah tinjau-tinjau website Maangchi ni
http://www.maangchi.com/recipe/bread-rolls
untuk resepi roti ataupun lain-lain resepi. Hampir kesemuanya
merupakan resepi masakan dari Korea. Macam-macam resepi yang menarik
untuk dicuba…Jom kita semak bahan-bahannya dan kaedah membuatnya…
Bahan-bahannya :
3 sb mentega
2 sb gula
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 st garam
1 1/2 cawan tepung
2 st yis
Cara-caranya :
Saya cairkan mentega di dalam periuk, setelah ianya mencair sepenuhnya saya masukkan susu, telur, gula dan garam. Kacau rata dan masukkan yis...setelah itu biarkannya selama seminit untuk mengaktifkan yis.
Sesudah seminit berlalu..bolehlah dimasukkan tepung dan gaul sebati kesemuanya. Adunan ini agak basah dan melekit, tapi tak mengapa...tutup periuk dan biarkan selama sejam agar doh naik sekali ganda.
Bila doh telah jadi kembang sekali ganda, uli doh selama beberapa minit dan tutup kembali doh tersebut lalu dibiarkan lagi selama 30 minit untuk proses kembang kali kedua. Selepas itu barulah kita uli lagi sekali dengan ditabur sedikit tepung sambil diuli-uli sehingga menghasilkan doh yang licin dan cantik.
Lalu bahagikan doh kepada 6 bahagian kecil dan bentuklah roti bulat-bulat ataupun sebagaimana yang anda inginkan. Saya membentuknya seperti loaf memandangkan saya ada membeli loaf mini pan. Biarkan kembang selama 30 minit sebelum dibakar pada suhu 177 celcius selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
No comments:
Post a Comment