Meroti di malam hening...baunya harum semerbak memenuhi ruang pondok kecilku. Jadi lapar plak tetiba. Kalau resepi yang kita cuba tu outputnya berjaya...jadi semangat je nak buat tak kiralah siang ke malam ke nak buat jugak. So..malam tadi buat lagi roti menggunakan resepi roll ppang yang pernah dikongsikan pada entry sebelum ni. Yang di ambil dari website ni http://www.maangchi.com/recipe/bread-rolls.
Kali ni saya cuba menambah oat di dalam adunan ini dan ternyata tidak menjejaskan rasa yang sebenar malah bertambah lazat. Nanti saya nak mencuba membuat bun burger dengan menggunakan resepi yang sama dan tak sabar nak tahu camne resultnya. Kalau jadi molek..bolehlah kita buat double cheese burger...ewahhh!
Kali ni saya cuba menambah oat di dalam adunan ini dan ternyata tidak menjejaskan rasa yang sebenar malah bertambah lazat. Nanti saya nak mencuba membuat bun burger dengan menggunakan resepi yang sama dan tak sabar nak tahu camne resultnya. Kalau jadi molek..bolehlah kita buat double cheese burger...ewahhh!
Resepi ini boleh menghasilkan 6 biji roti yang berkhasiat sekiranya kita memilih untuk menggunakan tepung gandum penuh dan boleh ditambah dengan lain-lain bijirin bagi memantapkan lagi rasa dan juga teksturnya.
Di sini saya salin semula nota step by step proses yang saya jalankan semasa membuatnya. Untuk rujukan diri saya sendiri mahupun sesiapa jua yang sudi menjengah blog saya ini.
Bahan-bahan :
3 sb mentega
1/2 cawan air (resepi betul guna susu segar)
1 biji telur
2 sb gula
1 st garam
2 st yis
1/2 cawan oat
1 1/2 cawan tepung roti cap kuda
extra 1/4 cawan tepung
1 biji putih telur untuk sapuan
Kaedah yang saya buat :
Panaskan mentega dalam periuk guna api kecil, bila dah cair masukkan air, gula, garam dan telur. Kacau rata dan masukkan yis. Time ni kita boleh rasa adunan tadi tu masih hangat dan sesuai untuk perkembangan yis. Biarkan seminit.
Setelah itu bolehlah dimasukkan oat dan tepung bahagian 1 1/2 cawan dahulu. Baki tepung 1/4 cawan tu ketepikan sementara. Gaul rata adunan, tutup periuk dan biarkan doh kembang selama 1 jam. Setelah satu jam berlalu...uli seketika doh untuk membuang anginnya dan tutup lagi periuk biarkan kembang sekali lagi dengan tempoh selama 30 minit.
Lepas dah kembang, uli doh dengan baki tepung 1/4 cawan tadi sekitar 10-15 minit agar doh lebih elastik bagi memastikan roti yang dihasilkan lebih lembut dan gebu serta memberikan permukaan kulitnya licin. Bentukkan doh mengikut kreativiti kita sendiri, susun di dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu. Jarak-jarakkan doh agar boleh mengembang dengan sempurna. Perap selama 1 jam.
Sapu doh dengan putih telur dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Saya tak tahu suhu oven saya ni memandangkan saya menggunakan oven butterfly yang menggunakan dapur gas. Saya bakar lebih kurang 20 minit dan saya keluarkan kemudiannya untuk disapu telur pada permukaannya dan bakarnya kembali lebih kurang seminit lagi.