Onde-onde ni nak kata suka sgt xlah, tapi bila posa ni rindu je masakan Ummi, jauh plak tu nak balik kg. Hmmm....nak x nak masaklah sendiri.
Bukan susah sgt resepinya tapi klu malas membukit x jadi jugak kuih ni...hihi. Ku gagahkan jua diri ini membuatnya. Nak kena share ni resepi dan cara2 membuatnya di sini.....yelah, mana tahu kot2 dtg penyakit lupa resepi..boleh rujuk balik kat sini kan...?
ok....mari kita semak resepinya........
Bahan-bahannya :
3 senduk tepung beras pulut
1 sudu besar air kapur masakan
3 helai daun pandan - kisar bersama 1 cwn air dan ditapis
Gula Melaka / Manisan Kelantan secukupnys - potong dadu
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
garam secukupnya
Langkah-langkahnya :
Adunkan tepung bersama air daun pandan dan air kapur. Gaul sebati hingga tidak melekit di tangan, klu doh masih keras boleh tambahkan air biasa. Pastikan dohnya cantik dan tidak terlalu lembik serta tidak terlalu keras, sedang elok je kalau kita nak bentukkan bulat2....
Ok...didihkan air di dalam periuk, airnya mestilah banyak agar kuih onde-onde ni boleh tenggelam dan timbul ke permukaan.
Gaulkan kelapa parut bersama garam di dalam pinggan yang berasingan.
Setelah itu, ambil adunan tepung sebesar guli (atau besar sikit je drpd guli)...masukkan kiub gula Melaka di tengahnya dan bulat-bulatkan. Masukkan segera ke dalam air yang sedang mendidih, pastikan api diperlahankan setelah air mendidih....ulang proses ini sehingga habis.
Apabila onde-ondenya terapung di permukaan air, angkat dan golek-golekkan di atas kelapa yg dicampur garam tadi...lakukan untuk setiap biji kuih.
Siap untuk dihidangkan....mudah kan?
No comments:
Post a Comment