Sunday, September 14, 2014

Nasi Goreng Kerabu Yang Menyelerakan..


Rasa tekak ni nak makan nasi goreng, tapi nak rasa lain sikit dari yang biasa...yelah selalunya makan nasi goreng kampung, nasi goreng ikan masin. Kali ni cam ngada-ngada sikit..haha....ngada2 dgn diri sendiri xpekan daripada ngada2 ngan org lain karang boleh penyakit plak....hahaha....

So...termenung jap depan peti ais tgk bahan-bahan yang ada. Haaa....ada serunding ikan, bolehlah buat nasi goreng kerabu ni...lalalala....start the project!!

Nasi gorenglah yang paling senang disediakan sebetulnya dengan pelbagai bahan kita boleh campak-campakkan je ke dalam kuali mengikut pilihan dan kesukaan kita. Daripada pilihan lauk-lauknya samada nak ayam, sotong, udang ataupun ikan...begitu juga dengan sayurannya, boleh letakkan cendawan tiram, butang, shitake dan pelbagai lagi cendawan yang ada di pasaran. So...kelainan itu sebenarnya terletak di tangan kita. Kita suka, kita pilih...dan kita taruklah.......hihiii

Ni bahan-bahan yang saya gunakan untuk nasi goreng kerabu saya..

Bahan-bahannya: 

Nasi putih 2 mangkuk
Ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi - dihiris atau ditumbuk
2 batang serai - dihiris halus
3 batang kacang panjang - dihiris halus
1 batang bunga kantan - dihiris halus
1/2 kubis - dihiris halus
Daun kesum - dihiris halus
Cendawan tiram - dicarik kasar
1 mangkuk serunding ikan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris ataupun ditumbuk, bila naik baunnya...masukkan ayam, tumis sehingga masak.

Ketika ini saya suka masukkan garam dan gula agar bersebati dengan bahan-bahan tumis tadi, setelah itu saya masukkan cendawan tiram....digaulkan sebentar dan boleh dimasukkan nasi beserta bahan-bahan yang telah dihiris halus.

Kemudiannya bolehlah dimasukkan serunding ikan dan gaullah agar sebati nasi gorengnya. Petua dari restoran di negara China, saat nasi goreng sudah siap untuk diangkat tu ketika mana nasi goreng melompat-lompat di dalam kuali. Dah jadi kebiasaan saya pun terikut-ikut dengan petua ini.....

Siap dah....




Friday, September 5, 2014

Mee Kari Seenak Rasa.....




Bila tengok post di blog Kak Ita masam manis, rasa terliur je manjang. Pastu nampak lak dia post pasal mee kari.....perghh...xleh dok diam jap. Kecurnya mulut ni....ahaaha...overlah plak camni.

Sekali masa 31hb Ogos tu, member datang rumah jalan-jalan. Dia tanya bila masa free? dia nak minta ajarkan dia masak mee kari. Dengan laju je jawab, sekarang pun boleh...apa lagi terus je gerak ke pasar cari bahan-bahan untuk masak mee kari. Haahhaa....confident je aku ni, padahal x pernah pun buat mee kari. Makan pun jarang-jarang. Tapi bila teringatkan resepi mee kari Kak Ita Masam Manis terus je semangat datang dengan membaranya.....aku boleh!!! Hari Ulang Tahun Merdeka kan? Kena semangat sikit.....

Pastu kami pun memasaklah mee kari tu dengan berpandukan resepi daripada blog Kak Ita tu....cuma yang saya tak letaknya ubi kentang je. Tapi bila dah siap...huh mabelessss you!! Tak caya pi buat...hihi. Terima kasih ye Kak Ita yang tak jemu-jemu berkongsikan resepi hidangan yang enak-enak dengan cara penyediaannya yang lengkap dari A sampai Z. Sangat-sangat berguna ilmu yang dikongsikan itu. Kalau nak resepinya silalah kilik di sini ye....