Wednesday, October 8, 2014

Hobi Baru Yang Menjimatkan Kos Dapur

Assalamualaikum w.b.t.....

Bila berlakunya kenaikkan harga minyak, ianya turut membawa kepada kenaikkan harga bagi barangan-barangan lain dan kebanyakkannya yang melibatkan keperluan harian. Setiap isi rumah akan terkesan dengan keadaan ini terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. 

Saya pun tidak terkecuali terkena sama dan agak meresahkan fikiran. Sambil2 saya melayari internet membaca satu blog ke blog yang lain timbul idea untuk bercucuk tanam dengan cara yang betul dan berkesan, iaitu yang akan membuahkan hasil yang banyak dan baik. Selama ini saya sekadar tabur je benih cili dan sayur-sayuran tanpa penjagaan yang betul dan pembajaan yang tidak berjadual. Jadi hasilnya pun ala kadar je sesuai dengan perhatian ala kadar yang saya berikan kepada pokok2 saya tu....

Jadinya, sebagai langkah pertama saya mempraktikkan ilmu menghasilkan baja IMO (Indigenous Microorganism) menurut catatan beberapa sifu pertanian di blog-blog mereka. Baja IMO ini adalah baja organik, sumbernya menurut kaedah yang dipanggil Natural Farming (Korea) dan juga dikenali dengan panggilan MOL (Mikro Organisma Lokal) di Indonesia.

Baja ini sangat mudah disediakan dengan bahan-bahan yang terdapat disekeliling kita yang kebanyakkanya adalah sisa dapur dari rumah kita. Dengan mengikut campuran tertentu dan diperam beberapa ketika, makanya akan terhasillah baja organik yang memberikan tindak balas yang baik untuk pelbagai tanaman.

Ini adalah langkah permulaan saya untuk menjimatkan belanja dapur saya, mudah-mudahan akan membuahkan hasil yang positif, insyaAllah...di lain masa saya akan kongsikan hasil yang bakal saya perolehi daripada kerja-kerja kebun saya nanti.

1 comment: