Wednesday, November 7, 2012

Laksa Johor

Hari ni aku teringin sangat nak makan laksa Johor, pastu bila tengok kat blog2 masakan bukan main sedap lagi gambar laksa tu yang menambahkan lagi keinginanku...hihi...tak tahan godaan aku nih.

Terima kasih Kak Ita Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com) kerana sudi berkongsikan resepi di blognya. Kalau ada masa luang blog ni salah satu dari favorite aku....asyik sekali dok tengok gambar2 masakan dengan olahan kreativiti kak Ita ni....


Abe Milo sakit...

Dah lama tak ke Aping Timur, Kota Tinggi. Sementelaah ada masa luang, aku pun bertolak ke sana pada tengahari sabtu yang lalu. Sebelum tu aku dah dimaklumakan Ipah, kucing kesayangan yang ditinggalkan disana agak tak beberapa sihat dan tak lalu makan...tapi aku tidak beberapa memberi perhatian akan berita itu. Sehinggalah hari aku tiba di sana dan begitu hiba sekali hati ini melihatkan Milo yang sudah tidak berdaya mengerakkan badannya hatta nak menghalau nyamuk yang menghisap darah di bibir matanya pun tak berdaya dia. Kesian....




Aku pun tak tahu nak buat macamana, tapi teringatkan kata-kata doktor veterinar di Taman Universiti, sekiranya kucing takde selera makan dan tak bertenaga. Bolehlah disuapkan seberapa banyak yang boleh samada air 100plus, air kelapa ataupun air rebusan daging ayam atau ikan. Hari pun dah menginjak malam, sekadar sempat manyuapkan beberapa sudu air ke mulut Milo dan sungguh tak bermaya dia.

Keesokkan harinya aku mengambil buah kelapa muda dan airnya aku suapkan ke mulut Milo, badannya aku lapkan dengan tuala lembab...lapkan mukanya dan responnya seperti suka dengan belaian yang diberikan. Tengaharinya aku berikan dia air rebusan ikan dan selepas beberapa suap, dia seakan bertenaga dan ingin minum sendiri air tersebut. Gembira sekali hatiku....

Tetapi kucing yang sakit tetap perlu dibawa menjalani rawatan di veterinar...kerana dikuatiri ada kuman atau sebagainya di dalam badan kucing2 kita yang tak mampu kita lihat dari luarannya....

Akhirnya Milo dibawa ke veterinar kerajaan di Jalan Lombong, Kota Tinggi oleh Ipah dan disahkan telah mengalami keracunan...patutlah muka pucat dan kuning2 warna dalam mulut dan telingganya. Allahu akbar!!!....dapatlah dia injection dan beberapa ubat....